Bicara Puitis

Friday, July 28, 2006

Bulan Al-Mubarak

Di Bulan Al-Mubarak ini.....
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih kuat berdiri
Masih berupaya bekerja
Untuk memuliakan anak anakku
Dengan baju baju baru juga kuih muih seadanya

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih lagi menghirup udara
Di bumi ALLAH ini

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Ku panjatkan kesyukuran
Kerana
Aku masih ada keluarga
Untuk ku bersahur bersama
Berbuka puasa bersama
Dengan gelak tawa
Dan senyum lebar

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Aku panjatkan kesyukuran
Kerana
Restu dan redhamu ya ALLAH
Maka aku
Insan yang kecil lagi kerdil ini
Masih bisa menapak

Di Bulan Al-Mubarak ini…..
Aku… masih lagi berharap
Dan menggantung harapan
Seperti tahun tahun yang lalu
Mengharapkan Di Bulan Al-Mubarak ini
Ikatan silaturahim antara kita semakin kukuh
Semakin utuh…..
"SELAMAT BERPUASA SAHABAT"

Zu ‘De Mafia Mom

Thursday, July 27, 2006

16 July 2006

Sayangku
Usah dikau duka nestapa
Usah dikau resah tanpa bicara
Usah dikau termenung di jendela

Manjaku
Selagi hayat mama dikandung badan
Selagi kudrat mama masih dapat bertahan
Akan mama berikan padamu walau di ufuk selatan

Kasihku
Bila tirai malam hampir berlabuh pergi
Bila kita berdua berpandangan penuh erti
Bila kita berpelukan dan airmata mengiringi
Ketahuilah olehmu kasihku
Sebagaimana janji mama dulu
Selautan kasih bukan umpama
Kasih sayangku padamu AMIRUL HAKIM sepenuh jiwa
Selamat malam nyawaku
SELAMAT HARI LAHIRMU yang ke 9 tahun
Agar anak teruna harapan mama
Diberkati, dilindungi dan diredhai oleh ALLAH S.W.T. yang maha ESA
Amin amin ya rabbil al'amin

Zu 'De Mafia Mom

Mercu Tanda Kasih Kita

Abang sayang
Genap 10 tahun kita bersama
Melayari lautan kasih
Menempuh gelora asmara
Memintal buih buih kemesraan

Aku masih di sini bang
Masih bersama abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih merinduimu bang
Masih dahagakan belaianmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih memerlukanmu bang
Masih mendambakan kasihmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Aku masih menyayangimu bang
Masih ingin berada di dalam dakapanmu abang
Di alam nyata mahupun fantasi

Abang sayang
Selamat ulang tahun perkahwinan kita
Yang ke 10 tahun

Zu 'De Mafia Mom

Kasihanilah Aku Dan Mereka

Pagi yang indah ini
Aku masih duduk termangu
Fikiranku terganggu
Jantungku berdengup kencang
Naluriku bercelaru

Ku hela nafas yang panjang
Namun terasa nafasku pendek
Hingga aku tergapai gapai
Seolah ketidak cukupan udara

Aku beristifar
Ku urut dadaku yang berombak
Ku sapukan berserta airmata yang luruh
Hatiku menjerit dan meronta
Terkedu sendirian aku
Puasku fikirkan
Puasku renungkan
Namun masih tidak bertemu jawapan
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Haruskah aku terus terusan merintih
Rintihan yang tidak pernah surut
Andai langkahku masih punya tapak
Akanku melangkah penuh semangat
Tapi langkahku semakin pudar
Langkahku semakin lemah
Semakin hanyut ditelan masa
Saban hari semakin longlai
Aku tidak berdaya lagi
Tolonglah aku
Bantulah aku
Aku hilang arah dan punca
Aku terus terusan gelisah
Gelisah memikirkan hidup kita
Kasihanilah aku
Kasihanilah putera putera kita

Andai aku punya wang
Akanku bina sebuah mahligai dihujung dunia
Akanku bawa mereka pergi
Akanku asingkan mereka dari dunia nyata
Yang penuh dengan kepura puraan
Yang penuh onak duri dan ranjau
Yang penuh dengan kepalsuan

Ku berikan mereka setulus kasihku
Ku berikan mereka impian yang baru
Ku berikan mereka sebuah harapan setinggi langit
Yang tidak pernah tumbang atau kecundang
Yang tidak pernah tercalar atau terluka
Biarkan saja semangatku yang punah
Biarkan saja hatiku yang musnah
Biarkan saja harapanku yang binasa
Biarkan saja diriku yang malang

Zu 'De Mafia Mom

Tuesday, April 11, 2006

Kasih Kita

Arghh! Hati kecilku merintih
Apa lagi yang tidak kena?
Kenapa pula rasa tidak selesa?
Sedangkan hari hari yang berlalu sama sahaja
Aku toleh ke kanan
Ku lihat anak harapanku
Terbongkang tidur dalam lena yang panjang
Ku toleh ke kiri
Ku lihat anak kecilku
Sedang asyik dibuai mimpi
Ku renung wajah wajah comel mereka
Apa lagi yang aku mahukan?
Apa lagi yang aku dambakan?
Bukankah mereka yang aku inginkan?
Bukankah mereka yang aku perlukan?

Aku kembali tenang
Kembali tersenyum di malam yang pekat
Ku rebahkan kepala dibantal
Ku rapatkan mata
Mencari mimpi mimpi semalam
Biar hanya bertandang di dalam lena
Biar hanya bertandang di dalam mimpiku
Biar hanya bayangan abang sahaja yang hadir
Aku tetap bahagia
Bahagia kerana kasihmu bang
Walau hakikatnya
Hanya semangat abang yang ku rasa
Sedangkan jasad abang di sana

Walau impian tidak akan pernah terlaksana
Walau harapan hanya akan tinggal harapan
Walau kita tidak mungkin bersatu
Walau jiwa kita tidak mungkin bertaut
Aku masih disini
Aku tetap menyayangimu bang
Menyayangimu sepenuh jiwa

Zu 'De Mafia Mom

Monday, April 10, 2006

Di Kejauhan Ini

Dikejauhan ini……. Aku termenung dijendela

Merenung kepulan-kepulan awan

Yang berarak pergi…..

Abang…..

Kasihku padamu tidak pernah pudar

Dan tidak pernah ternoda

Tidak ku gentar badai melanda

Tidak ku gusar apa-apa

Tetapi abang…. Secara tiba-tiba

Ku lihat langit menjadi mendung

Kepulan-kepulan awan yg putih telah hilang

Ya Allah abang…..

Mengapa langit menjadi kelam

Sekelam-kelamnya abang….

Abanggggggg…..

Dimana dikau abang

Aku takut bang

Aku gusar bang

Aku sunyi bang

Ku toleh ke kiri…..ku toleh ke kanan…..

…..Dikau tiada…..

Ku laungkan namamu bang

Ku mencarimu melata

Tapi tak ku jumpa…..

Terasa dunia seakan hilang serinya

Abang…..

Andai abang intai isihati ku

Nescaya abang hanya akan jumpa

Kasihku padamu semata

Tidak pernah terbagi dua

Andai abang kerling ke danau fikiranku

Nescaya abang hanya akan jumpa

Ingatanku hanya padamu

Sesungguhnya kini

Aku derita tanpamu abang

Zu 'De Mafia Mom

Mimpi?

Tatkala ini

Aku duduk termangu

Pandanganku kosong

Renunganku jauh melambai

Punah segala harapan

Dan impian.....

Suatu ketika dahulu

Ketika perjalananku masih punya tapak

Aku menapak penuh kebanggaan

Penuh keazaman

Penuh tekad....

Kini ku kehilangan punca

Harapan dan cita-cita

Yang suatu ketika dahulu

Adalah nadi perjalanan hidupku

Aku kembali mencongak-congak hari

Kembali menghitung nasib

Kembali mendambarkan hak

Maruah

Harga diri dan

Untung rugi

Esok.....

Tiada kepastian

Setelah hari semalam menjanjikan kehampaan

Kedukaan dan kegagalan

Seharusnya esok

Ku tebus segala kesalahan

Dan kesilapan

SEMOGA TERTERA SINAR KEJAYAAN.....

Zu 'De Mafia Mom

Malam Makin Kelabu Dan Wa Makin Tangkap Haru

Wa.....

Wa tangkap kelabu

Segalanya bercelaru, keliru, pilu

Bertambah haru

Wa musafir dipentas kehidupan

Yang melakonkan watak wa

Tapi!

Wa tangkap bisu kehilangan dialog

Lantas....

Sumbanglah jadinya rentak laku

Wa tangkap gelabah tidak menentu

Kusut fikiran hanya tuhan yang tahu

Mereka....

Menonton wa

Mentertawakan musafir tangkap bisu ini

Ketawalah!

Ketawalah sepuasnya!

Jika ianya berjaya mencolek hati kalian

Tetapi wa akan tetap

Meneruskan perjalanan

Watak wa

Hingga kepenghujung

Cerita

Sehingga semua bangku dikosongkan!

Untuk kalian yang masih lena didalam hilaian ketawa

Ketawalah!

Ketawalah wahai penonton-penonton setia

Ketawalah didalam kesilapan diri sendiri

Ketawalah! Dan

Wa angkat pot

Tangkap ketawa bersama-sama kalian

Untuk memastikan

Dan menyedarkan

Bahawa!

Kalian yang sebenarnya ditangkap tawakan!!!

.....

Cerita belum selesai

Watak wa belum tamat.....

.......................................

Zu 'De Mafia Mom

Amirul Hakim

Amirul Hakim.....

Hadirmu membawa seribu pengertian

Hadirmu membawa sejuta harapan

Amirul Hakim.....

Mama dan papa membina impian

Mama dan papa berkongsi pengorbanan

Anak.....

Kasihnya kami umpama mentari

Menyinari dan terus menyinari

Hanya akan berhenti

Apabila mati ditelan bumi.....

Apabila dirimu dewasa nanti

Usahlah lekas alpa akan diri

Restu mama dan papa sentiasa mengiringi

Untukmu anak yang kami kasihi

Anak.....

Nilaimu tidak terkira

Segunung berlian bukan umpama

Redup matamu memanah rasa

Bahkan bergalang ganti nyawa pun tidak mengapa

Asalkan dirimu dilimpahi rahmat dari yang maha ESA

Itulah harapan kami berdua

Semoga anakanda AMIRUL HAKIM.....

Hidup dalam redha 'NYA'

Amin.....

Zu 'De Mafia Mom

Adilkah.....

Adilkah…..

Dia sentiasa menang

Aku? Sentiasa kalah

Adilkah…..

Dia sentiasa senang

Aku? Sentiasa susah

Adilkah…..

Dia sentiasa dapat yang terbaik

Aku? Sentiasa terbalik

Adilkah…..

Dia sentiasa dipuja

Aku? Sentiasa tercabar

Adilkah…..

Dia sentiasa diselubungi sinar

Aku? Sentiasa menyuluh walaupun didalam terang

Adilkah…..

Adilkah…..

Adilkah…..

Inikah rupanya dunia

Penuh dengan pancaroba

Aku? Haruskah aku mengalah

Hanya kerana sentiasa dibayangi oleh dia?

Rupanya, airmataku tidak berharga

Pengorbananku tidak apa apa cuma

Tatkala hidupku hampir tinggal sisa

Apa yang aku ada?

Ya tuhan

Berikan aku kekuatan

Berikan aku ketabahan

Berikan aku kebahagiaan

Agar jalanku lebih bererti

Agar jalanku lebih bermakna

Akan ku harungi jalanku ini

Akan ku harungi setiap yang mendatang

Semoga hari ini menjanjikan perubahan

Semoga hari ini menjanjikan perubahan

Semoga hari ini menjanjikan perubahan

Amin ya rabbil allamin

Zu 'De Mafia Mom

Danish Hakim

Adik.....
Hari ini adik genap satu tahun sayang
Mama lihat adik semakin bijak
Senyum mu dik, penawar segala duka mama
Tawa mu sayang, pengubat rindu abang

Adik.....
Setiap kali mama pulang dari kerja
Adik menanti mama penuh setia
Berkejaran ke pintu tatkala mama pulang
Menyambut mama dengan senyuman dan lirikan adik

Adik sayang.....
Sesungguhnya adik masih terlalu kecil
Untuk mengerti erti sebuah kehidupan
Namun walau adik hanya ada mama dan abang
Adik akan kami tatang
Adik akan kami sayang
Sepenuh jiwa, sekuat tenaga

Adik sayang....
Cepatlaa besar dik
Membesar dengan kasih sayang kami
Yang tulus mulus untuk adik
Hanya untuk adik
Hanya untuk adik
HANYA UNTUK ADIK!!!!!.....

Zu 'De Mafia Mom

Abang.....

Abangku sayang…..

Indahnya cahaya bulan itu

Inginku gapai tangan tak sampai

Inginku peluk hatiku remuk

Inginku terbang tinggi abang

Seperti unggas-unggas berterbangan

Namun helaian sayapku

Gugur satu persatu

Hajatku tidak kesampaian

Abangku sayang…..

Telahku terokai laluan paling sukar

Telahku belai derita yang lara

Telahku pamerkan ketabahan seorang srikandi

Telahku rasai sebuah daerah kegagalan yang nyata

Kita kah itu?…..

Abangku sayang…..

Air sungai itu persis airmataku

Yang tidak pernah berhenti mengalir abang

Abangku sayang…..

Apabila impian menjadi hancur

Apabila harapan menjadi lebur

Segalanya bercelaru bertambah pilu

Ku sika butir-butir jernih dikelopak mataku

Ku kuatkan semangat

Ku bulatkan tekad

…..Aku harus tabah

Harus jadi gigih

Harus jadi kuat

…..Walaupun…..

Hatiku berkata

“KUATKAH AKU?”…..

“MAMPUKAH AKU?”…..

Tapi hakikat sebuah kehidupan mesti diteruskan jua

Demi ANAK-ANAK…..

Kerana mereka darahku masih mengalir ditubuh

Kerana mereka aku bangkit berdiri

Kerana mereka aku kentalkan semangat

Kerana mereka aku tulikan telinga

Kerana mereka aku butakan mata

Demi mencari sesuap nasi yang halal

Demi putera-puteraku

Zu 'De Mafia Mom

Sunday, February 26, 2006

Abang Sayang

Abang Sayang

Dikejauhan yang semakin menghampiri

Aku diulit resah yang berpanjangan

Semalam yang berlalu ku renungi

Luka yang terbit ku jejaki

Sesungguhnya kasih sayang kita semakin jauh

Abang Sayang

Usah kau kesali pada takdir

Jangan kau marahkan pada keadaan

Akurlah bang

Sesungguhnya kita tidak mampu memutarkan masa

Sesungguhnya kita tidak mampu toleh kebelakang

Andai abang rasa sakit di hati

Hati ku ini lagi sakit bang

Andai abang rasa luka di jiwa

Aku ini lebih lagi lukanya bang

Bila ku renung potret perkahwinan kita

Terasa bahang membakar jiwa

Bila ku renung potret perkahwinan kita

Terasa betapa abang telah mensia-siakan aku

Mensia-siakan kasih dan sayangku

Juga segala pengorbananku

Kini

Abang hampir pulang

Abang ingin tagih kembali kasihku

Aku ini lantas bagaimana bang?

??????????????


Zu 'De Mafia Mom